|
|
Sun, 05/Sep/2010
|
|
|
SEMINAR SKIM PEMBIAYAAN PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD [PUNB]
|
| Date Posted |
02/Apr/09 16:07:17
|
| Description |
Seminar Skim Pembiayaan PUNB akan diadakan pada 11 April 2009 (Sabtu), jam 8.00 pagi bertempat di Pusat Perdagangan
Sabah (STC), Likas, Kota Kinabalu.
Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera Sabah dalam bidang perniagaan. Untuk makluman, Seminar percuma ini akan menerangkan peluang-peluang pembiayaan perniagaan kepada kumpulan-kumpulan sasaran berikut:-
(i) Usahawan dan bakal usahawan yang berminat untuk mengembangkan atau
memulakan perniagaan di dalam bidang peruncitan yang terpilih;-
(ii) Pemborong-bemborong yang berminat untuk mengembangkan perniagaan
mereka dan peruncit-peruncit sedia ada yang berminat untuk menaiktarafkan perniagaan ke peringkat pemborongan;-
(iii) Siswazah Bumiputera yang berumur tidak lebih dari 30 tahun, memiliki sekurang-kurangnya diploma dan berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan;-
(iv) Pemilik-pemilik sijil kemahiran daripada institusi-institusi kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus tahap 2 dengan pengalaman bekerja selama minima satu (1) tahun dalam bidang yang dipelajari; dan-
(v) Siswazah/pemilik sijil kemahiran Bumiputera menganggur untuk menjayakan Program Siswazah Perantis PUNB [langkah untuk menyediakan calon menceburi bidang keusahawanan] di mana calon yang layak akan ditempatkan di dalam syarikat-syarikat di bawah naungan atau pilihan PUNB untuk mendalami selok belok perniagaan bagi tempoh latihan enam (6) bulan atau setahun [bergantung kepada bidang perniagaan].-
|
|
|