|
|
Mon, 06/Sep/2010
|
|
|
EKSPO KERJAYA 2009
|
| Date Posted |
09/Dec/09 13:35:26
|
| Description |
Ekspo Kerjaya anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat akan diadakan pada 11 Disember 2009, bermula pada jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam, bertempat di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu
Aktiviti utama semasa Ekspo Kerjaya ini ialah Pameran Kerjaya yang disertai oleh institusi latihan awam dan swasta, syarikat-syarikat perniagaan yang menawarkan pekerjaan serta jualan buku dengan kadar diskaun yang berpatutan. Sebanyak 50 organisasi daripada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, penyedia-penyedia latihan kemahiran dan institusi pengajian tinggi serta pembekal buku akan menyertai pameran ini.
Oleh itu, semua belia terutamanya yang berdaftar di Sabah Job Centre adalah dijemput untuk menghadiri Ekspo Kerjaya tersebut. Untuk makluman, perkhidmatan bas secara percuma ke Sabah Trade Centre akan beroperasi bermula pada jam 8.30 pagi berpusat di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Perkhidmatan ini akan melalui beberapa hentian lain iaitu di Terminal Bas Wawasan Plaza, Wisma Merdeka dan Jesselton Point.
Sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah berhubung dengan Siti Mariam (088-288317) ataupun Peter Moinjil (088-288316)
|
|
|