PROGRAM MEMPERKASA MODAL INSAN - BELIA BERSAMA MAJIKAN

Date Posted: 09/Jul/14 16:23
Dimaklumkan bahawa Sabah Job Centre akan menganjurkan program tersebut di atas pada butiran berikut:

Tarikh:  06 Ogos 2014
Masa:  8:30 pagi hingga 3:00 petang 
Tempat:  Dewan Masyarakat, Nabawan

Objektif Program: 

1. Menyediakan Kaunter Sabah Job Centre bagi mendaftarkan pencari kerja khususnya di luar bandar; 
2. Menggalakkan peralihan "Mindset" pencari kerja tempatan supaya bersikap positif dan cenderung memilih sektor swasta sebagai majikan;
3. Meningkatan peranan sektor swasta sebagai penyumbang utama dalam pengujudan peluang pekerjaan kepada pencari kerja tempatan; 
4. Menggalakkan belia dan beliawanis mencebui bidang keusahawanan; 
5. Mengadakan Pameran Latihan Kemahiran; 
6. Mempromosi Progran L:atihan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, ILPK Swasta dan IPTA/S. 
7. Memberi Ceramah Bimbingan Kerjaya dan tips menghadiri Temuduga kepada pelajar Sekolah Menegah; 
8. Meningkatkan penglibatan anak-anak tempatan di sektor swasta bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak kerajaan;
9. Mengurangkan pengambilan dan pengajian Pekerja Asing di Sabah dan di Malaysia amnya di samping mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia tempatan. 

Pengisian Program: 

1. Taklimat mengenai Sabah Job Portal oleh Sabah Job Centre dan taklimat kursus dan latihan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. 
2. Ceramah Motivasi kepada pelajar sekolah disampaikan oleh penceramah dari JPSM. 
3. Kaunseling kerjaya oleh penyedia latihan disamping pameran Latihan Kemahiran.
4. Pendaftaran online pencari kerja bagi peserta yang belum berdaftar dalam Job Portal. 
5. Program turut disertai oleh beberapa sektor swasta yang akan mengadakan temuduga pekerjaan di samping pusat-pusat latihan kemahiran dan kolej swasta serta;
6. Beberapa agensi lain yang menyediakan khidmat kaunseling kerjaya. 

Sasaran: 

1. Graduan yang menggangur
2  Lepasan sekolah 
3. Belia-belia yang belum mendapat pekerjaan.
4. Pelajar-pelajar sekolah
5. Guru-guru dan ibubapa serta orang ramai.