JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PROGRAM TEMUDUGA PEKERJAAN SETEMPAT

Date Posted: 18/May/15 11:25

 Datuk/Tuan/Puan,

Dengan  segala hormat dan sukacitanya, saya diarah menjemput dan mempersilakan  Datuk/Tuan/Puan hadir ke sesi taklimat Program Temuduga Pekerjaan Setempat yang  akan adakan seperti ketetapan di bawah:-

PERKARA     : TAKLIMAT KEPADA MAJIKAN (Fasa Pertama)

TARIKH        :  25 MEI 2015 ( ISNIN )

MASA            :  02:30 PETANG

TEMPAT       :  BILIK BROADBAND, TINGKAT 13,  

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUANTEKNOLOGI MAKLUMAT 

WISMA BANDARAYA, JALAN MASJID LAMA KOTA KINABALU

ANJURAN    :  UNIT SABAH JOB CENTRE

             

**SYNOPSIS PROGRAM DISERTAKAN.

                               

SILA  SAHKAN KEHADIRAN DATUK/TUAN/PUAN ATAU WAKIL AGENSI KE SESI TAKLIMAT PROGRAM MELALUI  EMAIL KEPADA sjc@sabah.gov.my atau Salina.MuhamadNoor@sabah.gov.my, WhatsApp 0138648852 atau menghubungi Sabah Job Centre di talian 088288317/288345.   

Perhatian dan kerjasama Datuk/Tuan/Puan dalam  menjayakan program ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 Sabah Job Centre


Synopsis Program:-

TEMUDUGA  PEKERJAAN SETEMPAT

UNIT  SABAH JOB CENTRE

 

Yang dimuliakan Datuk/Tuan/Puan,

Bermula June 2015, Sabah Job  Centre mengadakan satu  aktiviti terbaharu dibawah Program Memperkasa Modal Insan iaitu Temuduga Pekerjaan Setempat yang akan  diadakan pada tahun ini. Program akan dijalankan di pejabat Unit Sabah Job  Centre di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu. Program adalah PERCUMA kepada semua sektor swasta bagi membantu agensi-agensi tempatan di Sabah dan Malaysia amnya untuk mendapatkan pekerja dari kalangan warga tempatan. Penyertaan dan  penglibatan serta kerjasama sepenuhnya dari semua agensi swasta samada  yang beroperasi di Sabah ataupun di Negeri-negeri lain di Malaysia ( berdaftar  dengan Jabatan Tenaga Kerja ) juga amat dialu-alukan samada agensi tersebut telah berdaftar dalam portal pekerjaan Sabah Job Centre ataupun belum. Program juga adalah percuma kepada semua pencari kerja samada yang telah ataupun berdaftar dalam portal pekerjaan SJC. 

1.   AKTIVITI DAN TENTATIF PELAKSANAAN

Tempoh program ialah 3 hariyang  akan diadakan pada bulan Jun, Julai dan Oktober, namun begitu ">aktiviti  adalah tertakluk kepada sambutan majikan serta pencari kerja. Pelaksanaan aktiviti  program melibatkan 3 fasa seperti dibawah.  Taklimat akan diadakan kepada Majikan dan Pencari Kerja semasa fasa  Pertama dan Ke Dua. Walaubagaimanapun fasa ke Tiga hanya akan dijalankan atas  persetujuan dan kesediaan majikan/agensi. Tempoh pelaksanaan fasa ke tiga ialah  3 hari dimana semua majikan yang berminat mengikuti program ini akan mengadakan  temuduga secara bergiliran pada hari Selasa hingga Khamis dimana majikan  dibenar menggunakan ruang bilik-bilik temuduga dari jam 09:00 pagi hingga 03:00petang.  Oleh itu setiap majikan yang  berminat menyertai program ini hendaklah memaklumkan pihak pengurusan Sabah Job  Centre selewat-lewatnya sepuluh hari bekerja (10 hari) lebih awal bagi  penyelarasan jadual dan pemakluman kepada pelanggan lain. Berikut adalah tentatif  tarikh pelaksanaan Program Temuduga Pekerjaan Setempat dan jadual giliran  mengikut sector pekerjaan:-

Bulan

 

Tarikh (Hari)

Masa 09:00 am – 15:00 pm

 

Industri

 

June

9/Jun/15 -Selasa

Perkhidmatan , Pemasaran, Pelancungan & Perhotelan

10/Jun/15 - Rabu

Kejuruteraan,  ICT & Elektronik 

11/Jun/15 - Khamis

Perkilangan, Pertanian & Perladangan

 

Julai


7/Jul/15 -Selasa


Perkhidmatan, Pemasaran, Pelancungan & Perhotelan

8/Jul/15 - Rabu

Kejuruteraan, ICT & Elektronik

9/Jul/15 - Khamis

Perkilangan, Pertanian & Perladangan

 

Oktober


6/Okt/15 -Selasa


Perkhidmatan & Pemasaran & Pelancungan & Perhotelan

7/Okt/15 - Rabu

Kejuruteraan,  ICT & Elektronik

8/Okt/15 - Khamis

Perkilangan, Pertanian & Perladangan


2.     KAEDAH PELAKSANAAN

Program Temuduga PekerjaanSetempat  melibatkan 3 fasa, seperti  berikut:

2.1    Fasa Pertama – Mendapatkan Majikan yang  berdaftar  ataupun belum dengan Sabah Job Centre.

1.1.1       Pemilihan  majikan mengikut industri.

1.1.2       Perkara  yang perlu disediakan oleh pihak majikan:

i.                       Bilangan  kekosongan jawatan (terkini)

ii.                      Bidang kerja

iii.                    Bilangan pekerja yang diperlukan

iv.                    Kelayakan akademik dan kemahiran  yang dikehendaki

v.                     Gaji yang ditawarkan dan kemudahan  lain

vi.                    Status jawatan (Tetap/Kontrak/Sementara)

1.1.3       Sekiranya  perlu, taklimat mengenai calon pekerja yang tersedia yang telah dipilih akan  diberi.

2.2    Fasa Kedua – Mendapatkan Pencari Kerja yang berdaftar dalam  system Job Portal

2.2.1              Pemilihan  calon berdasarkan akademik dan kemahiran

2.2.2       Calon-calon  yang telah memohon kerja dan telah disenaraikan oleh majikan untuk ditemuduga

2.2.3       Pemakluman kepada calon-calon yang telah  dikenalipasti sesuai dan belum bekerja,

2.2.4    Sekiranya perlu, taklimat akan diberikan mengenai peluang pekerjaan yang ada dan latarbelakang agensi/syarikat yang memerlukan pekerja serta memberi tips  tatacara dan            persediaan temuduga

2.3   Fasa Ketiga - Tarikh Temuduga dan Lokasi.

2.3.1     Tarikh  dan Lokasi Temuduga akan di hebahkan melalui surat khabar, website KPSKTM dan  halaman social (Facebook) SJC selain email kepada para pencari kerja yang berdaftar dalam portal.

2.3.2       Temuduga dijalankan pada hari bekerja yang tertentu sahaja iaitu Selasa, Rabu danKhamis.

2.3.3       Masa temuduga bermula dari jam 09:00 pagi sehingga jam 03:00 petang sahaja.

2.3.4       Bilik-bilik temuduga akan disediakan.

3.      KUMPULAN SASAR & PENYERTAAN

Program adalah PERCUMA kepada semua Agensi swasta  samada yang telah berdaftar dengan Sabah Job Centre ataupun belum tetapi  hendaklah berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja/Job Malaysia tidak kira agensi  berkenaan beroperasi di Sabah mahupun di Negeri-negeri lain di Malaysia.  Penyertaan juga PERCUMA kepada para pencari kerja tempatan (Warganegara Malaysia) yang berdaftar ataupun belum berdaftar dalam Sabah Job Portal mahupun  Job Malaysia.