Temuduga Pekerjaan Setempat

Date Posted: 07/Jan/16 06:56

TEMUDUGA PEKERJAAN SETEMPAT

SABAH JOB CENTRE

 

1.    PENGENALAN

 

                      Pengangguran di kalanganbelia adalah masalah yang biasa dihadapi di negara maju dan         sedangan membangun. Fenomena ini perludiberi perhatian khusus dan ditangani bersama keranakemelut ini boleh menjadi satu bebanan dalam aspek pembaziran sumber tenaga,kos   dan        mampumenimbulkan masalah sosial kepada sesebuah negara. Belia sepatutnya merupakan        individu-individu yang produktif yang sewajarmenyumbang kepada pembangunan negara. Tetapi   reality hari ini adalah sebaliknyadimana ramai belia tidak bekerja ia merupakan satu                       pembaziran sumber.Di antara faktor utama yang dikenalpasti sebagai penyebab tidak               bekerja di kalangan    belia di Sabah ialah faktor sikap, kekuranganpengalaman kerja, kekengan ibu bapa, masalah                       pengangkutandan upah yang rendah serta pencapaian akademik yang rendah.

 

2.     KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

 

Rententan dari masalah pengangguran yang berlaku, pelbagai program daninisiatif kerajaan dengan kerjasama pihak swasta berusaha menyediakan pelbagai peluangpekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya dalam usaha  mengurangkan kadar pengangguran di Negara ini.Jesteru itu, Sabah JobCentre memperkenalkan satu aktiviti terbaharu dibawah Program Memperkasa ModalInsan iaitu Menyedia Kemudahan untuk TemudugaPekerjaan Setempat. Kemudahan yang dimaksudkan ialah membenarkan penggunaanbeberapa bilik mesyuarat kementerian ini sebagai bilik temuduga.

 

                      Penggunaan bilik - biliktemuduga berkenaan adalah PERCUMAdan tertakluk kepada pematuhan                       beberapasyarat seperti berikut:-

 

                      i.        Temuduga MESTI dikendalioleh pegawai syarikat dan BUKAN wakilatau agen agensi                                                 pekerjaan;

                      ii.       Membuat tempahan dua (14 hari) minggu lebih awal dari tarikhtemuduga;

                      iii.      Penggunaan bilik temuduga dibenarkan padaSelasa, Rabu dan Khamis dalam minggu                                            ketiga dan ke empat setiapbulan. Masa penggunaan bilik temuduga bermula jam 9:00 pagi                            hingga jam 15:30 petang.

                      iv.      Bilik-bilik yang dibenarkan ialah Bilik WIFI di Aras Bawah dan BilikProcessor di tingkat 6 atau                                     mana-mana bilik yangbersesuaian.

                      v.       Jika perlu, SabahJob Centre akan membantu menghubungi pencari kerja yang telah                                               memohon jawatan yang diiklankan. Majikan perlumemberikan butiran lengkap calon                                         temuduga berkenaan.

 

 

 

3.     PERMOHONAN DANTEMPAHAN PENGGUNAAN BILIK TEMUDUGA

Permohonanpenggunaan bilik temuduga boleh dibuat melalui borang yang disediakan. Borangyang telah lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Sabah Job Centre melalui Fax 088 269071 / 270459 atau email sjc@sabah.gov.my atau Salina.MuhamadNoor@sabah.gov.my/ Sitimariam.Yaakub@sabah.gov.my atau Sabariah.AgHashim@sabah.gov.my.  Sebarang perubahan atau penangguhan olehmajikan hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada pihak Sabah Job Centre.

 

4.     KUMPULAN SASARAN

 

Kumpulansasaran ialah Majikan dan Pencari Kerja yang telah mahupun belum berdaftar denganjob portal.  Jumlah penyertaan tiada hadbagi majikan dan pencari kerja. Penyertaan semua agensi swasta pelbagai sectoryang sah dan berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja adalah dialu-alukan samadayang beroperasi di Sabah ataupun di Negeri-negeri lain di Malaysia.

 

 

5.     KESIMPULAN

 

Kementerianberharap melalui program ini kelak sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlahpengganguran belia khususnya gologan graduan di Sabah disamping memantapkanperanan serta fungsi Sabah Job Centre.


PERHATIAN: Borang boleh didapati dengan menghantar emel kepada pegawai berkenaan di atas, Sekian Harap maklum.