PROGRAM MEMPERKASA MODAL INSAN - BELIA BERSAMA MAJIKAN

Date Posted: 26/Feb/16 16:50
Para Majikan yang dihormati,

Sabah Job Centre akan mengadakan Program Memperkasa Modal Insan - Belia Bersama Majikan di Dewan Masyarakat Keningau pada 17 Mac 2016 (Khamis).

Sehubungan ini, Sabah Job Centre ingin menjemput mana-mana majikan yang mempunyai kekosongan jawatan dan berminat untuk mengadakan Temu Duga Terbuka Pekerjaan menyertai program ini. Penyertaan adalah PERCUMA. Kemudahan meja dan kerusi serta minum dan makan turut disediakan. Pihak majikan hanya perlu mengesahkan penyertaan sebaik-baiknya pada atau sebelum 8 Mac 2016 dengan menghubungi Sabah Job Centre (u/p: Encik Peter Moinjil: 088-288316/whatsapp: 011 1955 5156 atau Puan Siti Mariam Yaakub: 088 - 288 317 ).

Kerjasama dan sokongan para majikan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

SABAH JOB CENTRE